>

SEJARAH MIYC

Majlis Belia India Malaysia (MIYC) adalah organisasi belia India terbesar di Malaysia. Sehingga kini, MIYC telah berjaya menubuhkan 14 Majlis Negeri dengan lebih daripada 200 cawangan dan 6 Organisasi Ahli Bersekutu yang mempunyai ahli lebih daripada 40,000 orang. Penubuhan MIYC telah dimulakan oleh pengasas MIYC Viveka Sri Rajaretinam Arumugam dalam satu perjumpaan kecil sosial pada 12 November 1991.

Baca Lagi

VISI & MISI MIYC

VISI

Menjadi sebuah organisasi bukan kerajaan yang berdikari dalam membangun dan memperkasakan belia India di Malaysia.

MISI

Mengatur, memotivasikan, dan mengubah masyarakat India bagi meningkatkan jati diri dan kualiti hidup dalam pembangunan sosioekonomi.

PERUTUSAN PERSIDEN MIYC

‘Belia Pencetak Negara’, merupakan slogan yang dijunjung oleh kepimpinan baru Majlis Belia India Malaysia bermula Disember 2020 di mana kami percaya golongan belia harus menjadi ejen pemacu impian dan arus pembangunan negara. Selaras dengan cogankata ini, Majlis Belia India Malaysia sentiasa menggembleng tenaga dan bergiat aktif ke arah merealisasikan agenda transformasi belia yang menyumbang kepada belia dan negara.

Baca Lagi