Majlis Belia India Malaysia

Malaysian Indian Youth Council (MIYC)

VISI

Menjadi sebuah organisasi bukan kerajaan yang berdikari dalam membangun dan memperkasakan belia India di Malaysia.

MISI

Mengatur, memotivasikan, dan mengubah masyarakat India bagi meningkatkan jati diri dan kualiti hidup dalam pembangunan sosioekonomi.

Sejarah MIYC

Majlis Belia India Malaysia (MIYC) adalah organisasi belia India terbesar di Malaysia. Sehingga kini, MIYC telah berjaya menubuhkan 14 Majlis Negeri dengan lebih daripada 200 cawangan dan 6 Organisasi Ahli Bersekutu yang mempunyai ahli lebih daripada 40,000 orang.

Penubuhan MIYC telah dimulakan oleh pengasas MIYC Viveka Sri Rajaretinam Arumugam dalam satu perjumpaan kecil sosial pada 12 November 1991. Dokumentasi rasmi penubuhan telah dihantar untuk pendaftaran pada 17 April 1992.

OBJEKTIF UTAMA
MIYC

  • Menggalakkan prinsip kesukarelawanan dan demokrasi dalam gerakan belia.
  • Memberi pendapat kepada kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan lain-lain organisasi mengenai isu-isu belia, kanak-kanak & wanita.
  • Mengatur dan meningkatkan hubungan baik melalui rangkaian dengan persatuan belia, di peringkat tempatan dan antarabangsa mengenai isu-isu global.
  • Mencapai, memotivasai dan membentuk generasi yang prihatin dan bertanggungjawab secara kreatif.
  • Mengiktiraf Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat sebagai asas tindakan dan peranti MIYC.
  • Melaksanakan program pembangunan berdasarkan keadilan ekonomi, sosial dan politik sejagat.
  • Mempromosikan keamanan, muhibah dan solidariti di kalangan anggota organisasi untuk memupuk kefahaman dan penghormatan yang lebih luas terhadap pelbagai nilai budaya yang ada di negara ini.
  • Memberi panduan kepada kanak-kanak, belia dan wanita.
  • Memanfaatkan sumber daya belia untuk pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Statistik Keseluruhan MIYC.

Jumlah keseluruhan MIYC Negeri dan Cawangan yang Aktif

MIYC NEGERI

12

CAWANGAN

113

Sertai Kami! Daftar Sekarang

Kenyataan Media

Penurunan Penyertaan Belia Dalam Pertubuhan Belia: Isyarat Yang Memerlukan Tindakan Strategik

Majlis Belia India Malaysia (MIYC) memandang serius kenyataan yang dilontarkan oleh[…]

Hubungi Kami

Hubungi kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan bimbingan kami dan bagaimana kami dapat membantu anda mencapai matlamat perniagaan anda.