HARI BELIA NEGARA 2025
13-15 Jun | Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Sambutan Hari Belia Negara 2025 telah berlangsung dengan begitu meriah sekali untuk tiga hari berturut – turut.
Majlis Belia India Malaysia telah memberi komitmen sepenuhnya dalam segala tugasan yang diberikan. Kami telah ditugaskan di bawah Jawatankuasa Makanan bagi membantu pengedaran kupon makanan dan minuman kepada semua kontinjen yang terlibat. Ramai warga MIYC dari beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka telah hadir sebagai sukarelawan.
Konvensyen Belia Kebangsaan 2025
Majlis Belia India Malaysia telah hadir bersama di Konvensyen Belia Kebangsaan 2025 di ReX KL anjuran Majlis Belia Malaysia.
Dirasmikan oleh YB Adam Adli, konvensyen kali ni mengangkat tema ketersediaan Belia kepada AI dan masa depan digital. Fokus diberikan kepada “Cabaran AI: Dari Ancaman Kepada Peluang” oleh SAC Datuk Nik Ezanee dan Dr. Afnizanfaizal Abdullah (MRANTI).































